Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum, saya nak tanya dulu semasa muda saya ada beli beberapa buah buku secara online tapi belum sempat bayar sebab telefon rosak dan maklumat penjual semuanya hilang . Saya berharap penjual contact saya semula tapi tidak berlaku kemudian saya ikhtiar cari balik tapi saya memang totally lupa. Sekarang bagaimana saya nak selesaikan hutang tersebut. Sebab takde niat saya taknak bayar cuma sebab berlaku masalah tersebut
Jawapan
Merujuk kepada persoalan yang diajukan, sekiranya individu yang memberikan hutang tidak dapat dijejaki, usaha paling awal adalah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencari individu tersebut atau warisnya sekiranya telah meninggal dunia, melalui media sosial atau yang bersesuaian dengannya. Jika gagal, tuan boleh menghubungi Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) bagi mendapatkan khidmat nasihat dan serahkan wang tersebut kepada Baitulmal sebagai pemegang amanah. Sekiranya terjumpa semula dengan individu tersebut, tuan hendaklah mengembalikan semula duitnya.
Sekian, terima kasih.