Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Saya nak tanya, bos saya non-muslim ada terima kerja untuk renovate gereja..Jadi dia minta saya menulis quotation dan invoice claim untuk setiap progress kerja itu.. Padahal kami dah berunding untuk tidak melakukannya tapi dia tetap meminta saya menulis quotation dan invoice untuk kerja itu. Kerja-kerja kat tapak projek, dia akan urus sendiri dengan orang lain, dan saya hanya urus untuk dokumentation sahaja..Adakah berdosa jika saya melakukannya? mohon pencerahan..saya risau
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, orang Islam dilarang sama sekali untuk terlibat dalam apa-apa bentuk pembinaan tempat ibadat agama lain sama ada menguruskan, menandatangani, membina dan sebagainya. Hal ini kerana perbuatan ini dikira membantu perkara maksiat. Firman Allah SWT di dalam surah Al-Maidah ayat 2 :
Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan.
Tidak diharuskan bagi seorang Muslim untuk menulis sebutharga (quotation) dan Inbois (Invoice) rumah-rumah ibadat orang kafir, atau turut serta dalam hal tersebut sama ada dari segi kewangan mahupun secara langsung. Sebaiknya berbincanglah dengan pihak majikan mengenai perkara tersebut agar kerja-kerja tersebut dilaksanakan oleh kakitangan yang bukan Islam.
Sekian, terima kasih.