Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum,
Saya seorang yang minat melukis kartun sejak kecil. Jadi saya mempunyai channel YouTube, TikTok, Facebook dan Instagram. Selalunya saya akan muat naik tips melukis, ataupun rakaman video lukisan saya, ataupun hanya lukisan saya. Apakah hukumnya? Saya takut saya akan mendapat dosa kerana ia kurang bermanfaat. Saya baru nak cuba upload benda bermanfaat/dakwah.
Saya juga membuka art commission iaitu tempahan lukisan yang saya telah tetapkan terma dan syaratnya. Apakah hukum jual beli ini? Adakah ia haram? Adakah ia mengandungi unsur gharar..? Saya baru mula risau. Tambahan, saya mula dengan harga murah dan saya sertakan harga dollar sekali. Harga keduanya tidak sama, tapi saya sesuaikan harga dollar itu dengan business orang lain jugak. Maksudnya, saya tak convert bulat-bulat... Adakah hal ini berdosa kerana ia tidak adil? Tetapi nilai mata wang berbeza...
Tambahan, lukisan yang saya lukis ialah berunsur kartun ataupun orang lidi yang gaya anime. Saya cuba bagi sifatnya tidak cukup agar tidak menjadi haram. Contohnya,tak ada hidung atau tak ada leher. Tetapi kartun manusia yang saya lukis masih menunjukkan rambut dan aurat kecil. Adakah hal ini berdosa?
Saya rasa amat keliru hingga sampai satu tahap saya ingin membuang semua media sosial saya. Tapi saya sayang kerana telah lama membangunnya. Maaf saya terlalu banyak persoalan...
post tiktok berkaitan art commission saya sekiranya ingin melihat jenis lukisan dan terma dan syarat business dengan detail→ https://vt.tiktok.com/ZSXFmKpq6/
Terima kasih kerana menjawab persoalan saya
Jawapan
Merujuk kepada soalan, lukisan dalam bentuk anime, kartun atau komik kebiasaanya adalah lukisan bersifat 3D, 2D atau sebagainya (teknik lukisan) yang jika dilihat lukisannya tidak menyerupai sepenuhnya realiti gambaran kepada sesuatu yang bernyawa sebagaimana lukisan potret. Kebanyakan lukisan anime dan kartun bersifat pendidikan, hiburan kanak-kanak dan dewasa. Oleh itu ia adalah harus dengan isi kandungannya yang bermanfaat (tiada unsur lucah dan melanggar akidah). Hasil penjualan gambar anime tersebut adalah halal selagi tidak melanggar batas-batas syariat. Penetapan harga jualan bagi sesuatu barangan atau perkhidmatan yang dijual adalah bergantung kepada penjual berdasarkan kesesuaian lukisan tersebut serta harga pasaran penjualan barang atau perkhidmatan tersebut. Transaksi juga boleh berbeza antara negara berdasarkan nilai kadar matawang sesuatu negara tersebut.
Sekian, terima kasih.