BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

apakah hukum duit komuniti digunakan hanya untuk segelintir ahli komuniti, bukan semua ahli. Hanya digunakan untuk ahli yang terlibat dengan aktiviti yang dianjurkan sahaja. Dan, duit yang digunakan tidak melebihi had yang telah ditetapkan di dalam perlembagaan yang didaftarkan. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Duit komuniti seperti tabung khairat kematian atau persatuan penduduk dianggap sebagai harta amanah yang wajib diuruskan demi maslahat keseluruhan ahli yang menyumbang.Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:

الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)

Sekiranya dalam perlembagaan telah ada terma atau ketetapan yang membenarkanya, maka ia adalah harus. Namun jika tiada, maka ianya tidak dibenarkan. Sekiranya pihak jawatankuasa mahu menukar fungsi wang komuniti untuk membantu segelintir ahli sahaja seperrti ahli yang menghidap penyakit kronik, persetujuan dan makluman terbuka (uruf yang diterima) kepada semua penyumbang persatuan adalah wajib diambil terlebih dahulu selain keperluan merekodkan setiap transaksi yang dilakukan serta perlu memaklumkan kepada ahli semasa mesyuarat agung. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 28

message user image