Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Salam Tuan/Puan,
Saya menghidap penyakit kencing tidak lawas dan kemaluan saya bersaiz kecil. Maka saya tidak boleh menggunakan kapas/tisu dan tape untuk menutup dan menampal kemaluan saya supaya air kencing tidak jatuh kerana ia akan tertanggal. Saya menggunakan panty liner dan menghadapai cabaran dimana mungkin kemaluan terlari daripada posisi ataupun air kencing berpotensi terjatuh kerana cara panty liner tersebut berfungsi. Adakah ianya sah solat bagi orang yang kencing tidak lawas?
Untuk kencing tidak lawas dinyatakan tidak boleh melambatkan mengambil wudhu setelah beristinjak, kencing terhenti dan masuk waktu, adakah memakai baju dikira melambatkan dan akan membuat wudhu tersebut tidak sah untuk solat bagi yang berpenyakit kencing tidak lawas?
Jawapan
Merujuk kepada soalan yang diajukan,
1) Seseorang yang mengalami kencing tidak lawas dianggap ma'zur (diberi kelonggaran) dan solatnya sah jika dia memenuhi syarat-syarat berikut:
Jika syarat-syarat ini dipenuhi, maka wuduk dan solatnya adalah sah, walaupun air kencing keluar semasa solat. Ini adalah kelonggaran yang diberikan oleh syarak kerana ia adalah suatu kesukaran yang tidak dapat dielakkan.
2) Memakai baju setelah berwuduk tidak dikira sebagai melambatkan wuduk yang membatalkan kerana ia dikira sebagai persiapan solat dan syarat sah solat dengan menutup aurat.
Sekian, terima kasih.