BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum.

Soalan saya adalah, saya berniat memposting video di internet dengan mendapatkan duit sampingan di platform seperti Facebook dan Youtube. Video yang hendak diposting adalah video bola sepak lelaki dan apabila bola sepak semestinya aurat di lutut itu terdedah jadi adakah duit yang saya dapat itu halal atau haram dan adakah saya berdosa kerana mendedahkan aurat seseorang di media sosial biarpun niat saya tiada langsung untuk menunjukkan aurat ketika memposting hanya ingin menyebarkan video bola sepak dengan niat untuk kompetitif dan hiburan semata-mata sambil mencari duit sampingan.

Terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, isu ini menyentuh dua perkara penting iaitu hukum aurat dalam bola sepak dan status pendapatan daripada video yang diposting.

Jika seseorang menyiarkan atau memaparkan video yang jelas menzahirkan aurat, ia termasuk dalam membantu menyebarkan perkara yang tidak sepatutnya dipertontonkan. Walaupun niat saudara bukan untuk menonjolkan aurat, tetapi realitinya aurat tetap kelihatan. 

Jika video itu mengandungi unsur yang bercanggah dengan syarak sebagai contoh aurat terbuka, maka pendapatan daripadanya dianggap tidak bersih. Namun ianya tidak sampai ke tahap haram secara mutlak seperti judi atau arak, tetapi ia berada dalam kategori syubhah (meragukan) kerana bercampur dengan unsur yang tidak patuh syariah. Jalan keluar ialah memilih konten sukan yang menutup aurat atau menyunting video tersebut agar tidak menonjolkan aurat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 22

message user image