BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamu'alaikum. 
Situasi: Gusi saya gelap dan bila saya bercakap dan ketawa, nampak gusi. Sehinggakan ada yang pernah menegur dan saya agak malu.

Soalan:

- Apakah hukum sekiranya saya ingin pakai braces agar gusi saya naik ke atas? 

- Sekiranya masih ada rawatan lain untuk merawat kes ini, tapi saya memilih untuk pakai braces sebab ianya cantik dan saya risau kalau rawatan lain, akan menyebabkan gigi saya kelihatan pelik. Apakah hukum saya memakai braces sedangkan saya masih ada pilihan rawatan lain? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين، والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين، وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد:

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, sekiranya keadaan gusi yang kelihatan dengan jelas ketika bercakap atau ketawa dianggap sebagai suatu keaiban atau kecacatan pada penampilan, maka penggunaan braces bagi tujuan rawatan untuk memperbaiki keadaan tersebut adalah diharuskan.

Bagi persoalan kedua, sekiranya terdapat beberapa pilihan rawatan dan saudari memilih braces kerana ia merupakan kaedah rawatan yang sesuai untuk memperbaiki keadaan tersebut, maka pada asasnya tidak menjadi masalah, selagi rawatan itu benar-benar mempunyai tujuan membaiki keadaan yang dianggap sebagai keaiban, bukan sekadar mahu menambah kecantikan.

Kesimpulannya, memakai braces kerana ingin merawat atau mengurangkan keadaan gusi yang ketara sehingga menimbulkan keaiban adalah diharuskan, bukan termasuk perubahan anggota badan yang dilarang semata-mata untuk kecantikan.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 23

message user image