BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum w.b.t Ustaz.
 

Saya ada soalan berkaitan dengan kos pengurusan korban.

Hampir pada setiap tahun agensi saya akan melaksanakan Ibadah Korban yang mana harga setiap bahagian untuk seekor lembu korban tersebut dibayar sendiri oleh peserta sama ada melalui potongan gaji atau bayaran sekaligus. Sebelum ini, semua kos pengurusan lain ditanggung sepenuhnya oleh pihak agensi.

Walaubagaimanapun, terdapat cadangan daripada pihak urus setia sekiranya sejumlah harga dimasukkan dalam harga setiap bahagian tersebut sebagai kos pengurusan. Contohnya, harga yang ditetapkan bagi setiap bahagian adalah RM850 dan sebanyak RM50 dari harga tersebut diambil sebagai kos pengurusan. 

Adakah perkara ini dibenarkan? Sekiranya dibenarkan apakah kaedah yang paling sesuai untuk dilaksanakan?

Sekian terima kasih.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang dikemukakan, mengenakan bayaran kos pengurusan bagi ibadah korban (termasuk lembu korban) adalah harus dan dibolehkan di sisi syarak. Namun pun begitu, pihak urus setia hendaklah memaklumkan kepada peserta yang mengambil bahagian terlebih dahulu sama ada melalui borang penyertaan ataupun hebahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 20

message user image