Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
wife sy sedang usaha utk dptkan susu utk anak angkat. mengunakan pil utk dapatkan susu. jika dah selesai utk jadikan anak itu sebagai anak susuan. mengikut nasab, adakah adik beradik belah suami akan menjadi mahram ?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, sekiranya isteri berjaya menyusukan anak angkat tersebut, maka adik-beradik sebelah ibu dan adik-beradik sebelah bapa susuan adalah mahram kepada anak tersebut. Adalah digalakkan untuk saudara membuat permohonan kad penyusuan (MyRadhaah) di Bahagian Undang-undang Keluarga, Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau melalui Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran tempat tinggal untuk mendapatkan maklumat selanjutnya.
Sekian, terima kasih