BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Adakah lafaz cerai yang berkias ketika mencarut dan tidak jelas (terkumat-kamit) sah?
Maaf atas carutan yang akan ditulis.
Contohnya; "Bab* betul, kau kalau blah macam ni, baik aku cerai jela sial"

Dan adakah lafaz rujuk tanpa pengetahuan isteri sah? 
Contohnya; "(Nama isteri) rujuk kau kembali sebagai isteriku"

Terima kasih.

 


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاتة

الحمدلله رب العلمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى اله وصحبه أجمعين أما بعد

Berdasarkan persoalan saudara, contoh lafaz "kau kalau blah macam ni, baik aku cerai jela" yang dikumat-kamitkan atau yang dikeluhkan oleh suami boleh jadi lafaz cerai secara kinayah. Sekiranya suami berniat cerai semasa berkata sedemikian, maka talak boleh berlaku. Walau bagaimanapun saudara perlu laporkan perkara ini ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal untuk pengesahan status lafaz cerai tersebut melalui Hakim Syarie.

Berkenaan lafaz rujuk tanpa pengetahuan isteri adalah sah. Namun, rujuk berlaku apabila talak berlaku. Perlu mendapatkan pengesahan dahulu. Jika sah cerai, maka lafaz rujuk yang diucap itu perlu didaftarkan di Pejabat Agama Islam Daerah yang berhampiran. Tindakan ini perlu dilakukan bagi merekodkan jumlah talak dan rujuk yang berlaku dalam kalangan umat Islam kerana ia akan berkait dengan hukum hakam berkaitan dengan perkahwinan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 42

message user image