BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum wbt,

Saya sering mengendalikan program motivasi di sekolah dan surau dengan mengenakan caj perkhidmatan. Baru-baru ini, saya didatangi oleh individu pemurah untuk saya menganjurkan program motivasi di rumah anak yatim. Adakah saya boleh mengenakan caj perkhidmatan mengendalikan program motivasi kepada rumah anak yatim? Individu tersebut akan menyerahkan duit sumbangan terus kepada rumah anak yatim, dan caj perkhidmatan akan diserahkan kepada saya bagi pengendalian program. 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan oleh Kathir bin 'Amr bin 'Awf Al-Muzani daripada ayahnya daripada datuknya daripada Nabi SAW telah bersabda:

الْمُسْلِمُوْنَ عَلَى شُرُوْطِهِمْ إِلاَّ شَرْطًا حَرَّمَ حَلاَلاً أَوْ أَحَلَّ حَرَامًا

Maksudnya: Dan kaum Muslimin harus memenuhi syarat-syarat yang telah mereka sepakati kecuali syarat yang mengharamkan suatu yang halal atau menghalalkan suatu yang haram. (Riwayat al-Tarmizi)

Sekiranya telah dipersetujui antara tuan dan penderma, maka ia diharuskan dan dibolehkan. Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam Surah al-Nisa', ayat 29:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُمْ بَيْنَكُمْ بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta sesama kamu dengan jalan yang salah.

Berdasarkan situasi yang dinyatakan, harus hukumnya saudara mengenakan dan menerima caj perkhidmatan bagi mengendalikan program motivasi di rumah anak yatim, dengan syarat bayaran itu dipersetujui oleh penaja dan tidak mengambil hak rumah anak yatim atau melanggar amanah sumbangan.

Malah, sekiranya penaja secara jelas bersetuju memberikan sebahagian wang untuk kos pengendalian program dan sebahagian lagi untuk rumah anak yatim, pembahagian tersebut boleh dilaksanakan mengikut persetujuan berkenaan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 15

message user image