Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Sekiranya talak telah dijatuhkan, dan ketika berada dalam tempoh iddah. suami ingin merujuk semula (sehari selepas talak dilafazkan) secara tanpa hakim. yang mana ketika talak dijatuhkan berada diluar mahkamah. Soalan saya ; boleh kah talak dirujuk hanya dengan lafaz" aku rujuk kau " atau tanpa lafaz, tetapi dengan cara "bersetubuh".Adakah dengan dua cara tersebut dikira telah dirujuk semula?. Dan apakah status pernikahan tersebut.
Jawapan
Secara umumnya, melafazkan talak atau cerai di luar mahkamah adalah sah menurut hukum syarak, namun dianggap sebagai suatu kesalahan menurut Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Selangor dan boleh dikenakan tindakan. Sebarang lafaz talak yang dilafazkan di luar mahkamah, mahupun rujuk, hendaklah dilaporkan dan disahkan oleh Mahmamah Syariah.
Merujuk kepada soalan yang diajukan, berdasarkan pandangan mazhab Syafi'i, rujuk dalam perkahwinan hanya sah dengan lafaz dan tidak sah melalui perbuatan.
Di dalam Enakmen Undang-Undang Keluarga Selangor, seksyen 132(1) memperuntukkan: Seseorang lelaki yang menceraikan dengan sah isterinya, bersekedudukan semula dengannya tanpa terlebih dahulu melafazkan rujuk yang sah adalah melakukan suatu kesalahan.
Dalam menentukan satus pernikahan, pihak yang berbidang kuasa menentukan suatu lafaz talak itu sah atau tidak adalah pihak Mahkamah Syariah. Oleh itu, disarankan agar perkara ini dilaporkan segera kepada Mahkamah Syariah yang terdekat.
والله أعلم بالصواب
Sekian, terima kasih.