BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

STATUS WALI
 
Butiran : Semasa bernikah 24.10.2008, isteri telah mengandung 2 bulan (lelaki ambil tanggungjawab sebab terlanjur dan berkahwin). Anak yang dilahirkan adalah anak perempuan pada 29.04.2029.

Mohon penjelasan status nasab dan juga hak wali ke atas anak perempuan terbabit. Adakah bapa layak menjadi wali yang sah atau perlu wali hakim untuk perkawinan anak perempuan tersebut kelak?

Sekiranya terdapat pertikaian atau penafian hak tersebut, kemana saluran yang perlu diperolehi bagi pengesahan tersebut.

Sekian.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada kenyataan dan pengakuan yang diberikan, kehamilan berlaku 2 bulan sebelum akad nikah dilangsungkan. Ini bermakna anak yang diperolehi merupakan anak tidak sah taraf.

Walaupun lelaki dan perempuan itu kemudiannya berkahwin, ini tidak menjadikan anak yang dilahirkan menjadi sah taraf. Ini kerana anak kehamilan berlaku di luar ikatan perkahwinan yang sah.

Hal ini berdasarkan hadis yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

الْوَلَدُ لِلْفِرَاشِ وَلِلْعَاهِرِ الْحَجَرُ

Bermaksud: Anak itu bagi pemilik firasy (perkahwinan yang sah), manakala bagi penzina adalah batu. (Riwayat Bukhari dan Muslim).

Lelaki tersebut, walaupun bapa biologi kepada anak perempuan yang dilahirkan, tidak boleh menjadi wali nikah. Perkahwinan anak perempuan tersebut hendaklah diwalikan oleh wali hakim atau wali Sultan.

Sebarang pertikaian berkaitan nasab adalah di dalam bidangkuasa Mahkamah Syariah. Oleh itu, disarankan untuk merujuk perkara itu ke unit Undang-undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk maklumat dan pejelasan lanjut. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.

 


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 5

message user image