BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum, saya nak tanya saya ada kawan dia bekerja dekat kedai cina, dia ditugaskan untuk mencuci piring. Satu hari tu dia tercuci piring yang ada khinzir. Perlu samak ke? Macam mana cara untuk samak ye. Mohon jawab sebab saya nak tolong kawan saya.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan yang dikemukakan, Islam menyuruh sertu apabila ada najis mughallazah. Dalam keadaan tidak ada najis, maka tidak perlu sertu. Hanya disunatkan basuh sahaja kerana ada hadis yang menyebut demikian. Namun, jika ada najis mughallazah, maka hendaklah disertu dengan cara sekali basuhan air tanah dan dibilas dengan 6 kali basuhan air mutlak sehingga hilang bau, warna dan rasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 400

message user image