BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : AKIDAH

message user image

  Soalan

Soalan: Mohon bantuan ustaz. Saya telah melakukan dosa besar. Saya hampir berzina dengan seorang lelaki bukan muslim. Saya telah melakukan maksiat dengan bercumbu dengannya. Saya ingin tahu adakah sya terkeluar dari islm kerana telah bercumbu dengan seorng bukan muslim. Saya menyesal atas dosa saya. Mohon bantuan ustaz.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudari, bercumbu dengan bukan Islam, tidaklah menyebabkan seseorang itu keluar Islam, kerana keluar Islam bermaksud meninggalkan agama Islam atau memeluk mana-mana agama lain sama ada dengan melalui perkataan, perbuatan atau apa-apa iktikad, kepercayaan dan keyakinan hati. Justeru, saudari hendaklah bertaubat dan tidak mengulangi perbuatan tersebut. Firman Allah SWT yang bermaksud : “Dan juga orang-orang yang apabila melakukan perbuatan keji, atau menganiaya diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun akan dosa mereka - dan sememangnya tidak ada yang mengampunkan dosa-dosa melainkan Allah -, dan mereka juga tidak meneruskan perbuatan keji yang mereka telah lakukan itu, sedang mereka mengetahui (akan salahnya dan akibatnya)”. (Ali'Imran :135) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 244

message user image