BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Dato SS. Saya ada sedikit kemusykilan. Apakah hukumnya isteri di dalam iddah kematian suami keluar rumah bermusafir menziarahi anaknya, ke masjid mendengar kuliah agama dan menziarahi kuburnya dalam tempoh iddah?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, isteri yang sedang dalam iddah kematian suami tidak digalakkan bermusafir, hadir ke masjid mendengar kuliah agama dan menziarahi kubur kerana terdapat larangan daripada Nabi Muhammad SAW. Sehubungan itu saudara boleh merujuk ke laman web berikut berkenaan Garis Panduan Bagi Wanita Dalam Iddah : http://www.islam.gov.my/rujukan/garis-panduan/124-garis-panduan-ber-iddah-bagi-wanita-yang-bercerai-atau-kematian-suami والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 103

message user image