BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Saya dalam keadaan marah kepada isteri semalam, dia memberi tahu ingin pergi travel ke europe DIY dengan sepupu(perempuan), isteri memberitahu saya dia akan pergi 4 orang perempuan, kemudian sy ada bertanya kepadanya adakah semua perempuan yang pergi, kemudian dia memberitahu saya sekiranya lelaki ada ikut bersama dia dan sepupu diaorang akan bergerak secara berdua sahaja. Tetapi saya tidak yakin dengan kata2 isteri saya.

Selepas keadaan marah saya, sy telah lepaskan satu taklik kepada isteri saya, jika ada lelaki ikut bersama2 dia dgn sepupu jatuh TALAK. Saya telah memberi amaran dan larangan kepada isteri saya.

Soalan(1) saya: TAKLIK yang saya lafaz kepadanya hanya berlaku dimana, isteri saya travel bersama sepupunya yang bernama NENE SAHAJA jika berlaku perlanggaran?

Soalan(2) saya:Adakah saya boleh menarik balik taklik ini sebab belum dia pergi travel bersama sepupunya(NENE)?.

Mohon bantu dan perjelasakkan keadaan saya dan isteri saya selepas ini.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Menjawab pertanyaan tuan :

1. Hukum sesuatu taklik bergantung kepada lafaz yang diucapkan serta niat suami ketika melafazkannya. Oleh yang demikian, lafaz yang diucapkan oleh suami sangat penting dalam menentukan sesuatu talak atau taklik itu jatuh ataupun tidak. Lafaz tuan : "Jika ada lelaki ikut bersama-sama isteri dengan sepupunya, jatuh talak." Jika benar lafaz itu ditujukan kepada isteri yang pergi bersama sepupunya, maka secara zahirnya taklik itu berkaitan dengan perjalanan tersebut dan ia tidak semestinya meliputi semua keadaan lain di luar konteks (qorinah) yang dimaksudkan tersebut.

Namun, untuk menentukan sama ada taklik itu hanya terpakai apabila isteri bersama sepupu sahaja atau meliputi mana-mana perjalanan lain yang terdapat lelaki bersama, ia bergantung kepada lafaz sebenar yang diucapkan dan niat suami ketika melafazkannya. Sekiranya niat suami ketika itu hanyalah khusus kepada perjalanan Eropah bersama sepupunya, maka pada asasnya taklik tersebut difahami mengikut konteks itu.

Kaedah fiqh menyebut:

الأمور بمقاصدها

Maksudnya : Setiap perkara bergantung kepada tujuannya.

Selain itu, para fuqaha' menjelaskan bahawa bagi lafaz yang mengandungi beberapa kemungkinan makna, niat orang yang melafazkannya diambil kira dalam menentukan maksud sebenar lafaz tersebut.

2. Pada pandangan jumhur fuqaha', taklik talak yang telah dilafazkan tidak boleh dibatalkan atau ditarik balik.

Memandangkan penentuan hukum dalam kes ini bergantung kepada lafaz sebenar, niat suami, serta fakta kejadian, tuan disarankan mendapatkan pengesahan daripada Mahkamah Syariah sekiranya berlaku pertikaian atau timbul keraguan sama ada syarat taklik telah dipenuhi atau tidak. Ini kerana Mahkamah Syariah ialah pihak yang berbidang kuasa untuk meneliti keterangan dan memutuskan status talak menurut hukum syarak dan undang-undang yang berkuat kuasa.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 111

message user image