BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum ustaz,ustazah..mnta mohon pencerahan adakah saya dh jatuh talak?ceritanya..bulan lepas saya ada berbalah dengan suami..kami pjj duduk dengan family masing2..sebab stiap family x trima menantunya..sebab terlampau stress,dengan urus anak 2 orng(lelaki) urus segalanya,suami jarang pergi kerja,dengan family macam2 kata kat saya.kami bergaduh dan saya minta dia lepaskan saya..dan dia bagi masa 1 bulan saya fkir untuk teruskan hubungan ni atau tidak..tapi dia ada cakap (xpa ibu,xpayah kata abg paham habis bulan nie kita cerai)(tu janjiku padamu)('abg sendiri akan ceraikan ibu,ibu x payah cakap,habis ja bulan ni,ku lepaskan cerai.')..sekarang dah masuk bulan baru .adakah dah jatuh talak tu?saya ada tanya dia,ad niat ke masa ckap tu.dy kata x de niat lngsung..cuma dalam keadaan serabut masa dy ckap tu sebab time tu jugak family dia sendiri halau dia keluar dari rumah..sekarang dia dah menyewa dan minta saya duduk dengan dia bersama semula dengan ank2..mohon   Ustaz,ustazah beri pencerahan n jawapan..terima kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين أما بعد

Berdasarkan kepada soalan yang diajukan, suami puan telah melafazkan lafaz taklik terhadap puan, 

"abg paham habis bulan nie kita cerai)(tu janjiku padamu)('abg sendiri akan ceraikan ibu,ibu x payah cakap,habis ja bulan ni,ku lepaskan cerai.')..sekarang dah masuk bulan baru .adakah dah jatuh talak tu?saya ada tanya dia,ad niat ke masa ckap tu.dy kata x de niat lngsung"

Lafaz taklik ini diklasifikasikan sebagai taklik yang disandarkan kepada waktu yang mana secara umumnya apabila telah memenuhi syarat (memasuki bulan yang baharu), namun dihukumkan tidak jatuh talak sebab tiada niat cerai oleh suami berdasarkan kepada Kitab Fikh Islami Wa Adillatuhu Juzuk 7 mukasurat 442 berkaitan Lafaz Sighah Talak Bersandarkan Masa (At-Talak Al-Mudhaf) Dengan Niat Berlaku Cerai Pada Masa (Bulan) Yang Dilafazkan ( قصد إيقاعه بعد زمان  )  iaitu "masuk bulan baru" bukan niat cerai pada masa di lafazkan ( لا فى الحال  ).  Walau bagaimanapun, bagi pengesahan niat dan lafaz cerai suami hendaklah segera dirujuk ke Mahkamah Syariah yang berhampiran tempat tinggal dengan kehadiran suami dan isteri bersama.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 94

message user image