Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Assalamualaikum..suami isteri dah berpisah tp masih dlm tempoh iddah..ms ckp dlm telefon isteri ajk rujuk blk dan suami setuju..kemudian bl jmpa kembali (ms tu x duduk sekali) mereka bersama dgn niat untuk rujuk..seingat isteri suami tu x pernah lafaz rujuk sebelum bersama..persoalan sy adakah sah rujuk terse but?
Jawapan
Menjawab persoalan saudari, sebagaimana yang dibahaskan dalam kitab Fiqh oleh para ulama' dalam mazhab Shafi'i, rukun rujuk terbahagi kepada tiga, iaitu:
Adapun menurut mazhab Shafi'i, lafaz rujuk terbahagi kepada dua, iaitu:
Walau bagaimanapun, terdapat perbahasan dalam kitab Fiqh mengenai konsep Mutawaliah/Muwalat (موالاة / متوالية) dalam situasi merujuk isteri ketika diceraikan. Menurut mazhab Shafi'i, Mutawaliah dibahagikan kepada dua peranan utama, iaitu:
Berdasarkan situasi yang dinyatakan oleh puan, pasangan tersebut perlulah mendapatkan kepastian terlebih dahulu terhadap perbualan sesama suami dan isteri itu ketika mana si suami telah melafazkan tanda setuju untuk rujuk kembali selepas ajakan isterinya, iaitu sama ada suami itu bersetuju yang disertakan dengan niat untuk rujuk kembali pada waktu ajakan tersebut ataupun tidak. Perlu juga dipastikan bahawa si suami menjawab lafaz setuju rujuk secara terus atau lafaz setuju itu telah diselangi dengan perbuatan atau perbualan lain atau diam yang panjang.
Walau bagaimanapun, disarankan agar pasangan tersebut rujuk perkara ini ke Bahagian Undang-Undang Keluarga di Pejabat Agama Islam Daerah terdekat untuk mendapatkan kepastian dengan kadar segera.
Sekian, terima kasih.