BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum Ustaz. Saya ingin bertanya adakah sah lafaz rujuk seperti ini :

1. "Wahai [Nama penuh isteri], aku rujuk"

2. "Wahai [Nama penuh isteri], aku rujuk semula engkau"

Kedua-dua lafaz ini dilafazkan di hadapan isteri dan didengari oleh nya. Harap dapat diberi penjelasan sekiranya ada antara dua ini lafaz yang dikira tidak sah. Terima kasih Ustaz.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العلمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada persoalan saudara, kedua-dua lafaz, iaitu “Wahai [Nama penuh isteri], aku rujuk” dan “Wahai [Nama penuh isteri], aku rujuk semula engkau”, merupakan lafaz rujuk yang jelas (sarih) dan sah, sekiranya dilafazkan dalam tempoh idah talak raj‘i serta suami memenuhi syarat-syarat rujuk yang ditetapkan oleh syarak. Lafaz tersebut tidak memerlukan niat tambahan kerana perkataan “rujuk” secara jelas menunjukkan maksud mengembalikan isteri kepada ikatan perkahwinan. Pengesahan perlu dibuat di Mahkamah Syariah yang terdekat sebagai pengesahan.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 68

message user image