BANK SOALAN  BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ada kemusykilan untuk pelaksanan qurban buat anak tidak sah taraf / lahir luar nikah

Anak ini (lelakji) lahir dan kedua ibubapanya berkahwin selepas 3 bulan anak ini lahir. Anak ini sekarang berumur 3tahun. Moyang perempuan, di mana nenek kepada bapa anak ini, ingin memberi 1 bahagian qurban kepada cicit tersebut.

Saya ada membaca di mana untuk membuat qurban "menggunakan harta si wali", saya ada kemusykilan adakah anak luar nikah ini boleh dikategori wali yang sama.Jabatan Mufti Wilayah Persekutuan - IRSYAD HUKUM KHAS HAJI DAN KORBAN SIRI KE 75: HUKUM IBU BAPA MELAKSANAKAN KORBAN UNTUK ANAK YANG BELUM BALIGH

Sedikit maklumat, moyang ini ada mak kepada datuk, di mana datuk ini adalah bapa kepada bapa anak tidak sah taraf ini. 

Mohon pencerahan segera.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Ibadah korban merupakan sunat muakkad (sangat dituntut). Adapun anak tidak sah taraf mempunyai hak sebagaimana seorang Muslim yang lain iaitu berhak menerima kebaikan daripada orang lain. Bagi anak yang masih belum baligh, tidak wajib ke atasnya untuk melakukan ibadah korban. Ini berdasarkan pendapat yang dikemukakan oleh Imam Syafi’I di dalam Fiqh Manhaji, iaitu:

إنما تسن الأضحية في حق من وجدت فيه الشروط التالية: الإسلام، البلوغ والعقل، الاستطاعة.

Maksudnya: Sesungguhnya ibadah korban itu adalah disunatkan kepada individu yang memenuhi syarat berikut iaitu Islam, baligh dan berakal serta berkemampuan.

Adapun jika moyang ingin berkorban untuk cicitnya meskipun tidak sah taraf adalah dibenarkan dan sah ibadah tersebut. Namun, hendaklah menggunakan hartanya sendiri tanpa menyentuh harta cicit tersebut. Dalil umum tuntutan supaya berbuat baik kepada orang lain adalah berdasarkan firman Allah SWT, dalam surah al-Mumtahanah ayat 8:

لَّا یَنۡهَىٰكُمُ ٱللَّهُ عَنِ ٱلَّذِینَ لَمۡ یُقَـٰتِلُوكُمۡ فِی ٱلدِّینِ وَلَمۡ یُخۡرِجُوكُم مِّن دِیَـٰرِكُمۡ أَن تَبَرُّوهُمۡ وَتُقۡسِطُوۤا۟ إِلَیۡهِمۡۚ إِنَّ ٱللَّهَ یُحِبُّ ٱلۡمُقۡسِطِینَ

Maksudnya: Allah tidak melarang kamu daripada berbuat baik dan berlaku adil kepada orang-orang yang tidak memerangi kamu kerana agama (kamu), dan tidak mengeluarkan kamu dari kampung halaman kamu; sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berlaku adil.


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 81

message user image