BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, baru-baru ni saya telah diajak untuk menyertai kumpulan niaga Atomy. Namun setelah diselidik latar belakang perniagaan Atomy ini, saya dapati ia mendirikan Yayasan "Dream Foundation" bagi menyalurkan dana kepada usaha-usaha penyebaran agama Kristian. Apakah hukum sekiranya saya menyertai kympulan ini? Apakah hukum duit yang dijana melalui perniagaan melalui kumpulan ini?


message user image

Jawapan  

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد...

Merujuk kepada persoalan, asal suatu perkara adalah harus sebagaimana kaedah berbunyi;

الأصل في الأشياء الإباحة

Maksudnya: “Asal pada sesuatu perkara adalah harus”

Hukum menjalankan perniagaan yang halal dan tidak bertentangan dengan hukum syarak adalah harus. Bagaimanapun apabila diketahui suatu perniagaan itu mempunyai hubungkait dengan penyaluran dana dalam usaha-usaha penyebaran agama Kristian, maka terdapat unsur shubhah di situ. Bersubahat atau bekerjasama dalam usaha penyebaran agama Kristian adalah dilarang. Firman Allah S.W.T ;

وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ

Maksudnya : “…dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan…”

Bagi mengelakkan sebarang keraguan dan was-was adalah lebih baik sekiranya mengelakkan diri daripada terlibat dalam perniagaan ini.

والله اعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 305

message user image

Fatal error: Uncaught yii\web\HeadersAlreadySentException: Headers already sent in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 437. in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php:373 Stack trace: #0 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php(346): yii\web\Response->sendHeaders() #1 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/ErrorHandler.php(136): yii\web\Response->send() #2 /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/base/ErrorHandler.php(288): yii\web\ErrorHandler->renderException() #3 [internal function]: yii\base\ErrorHandler->handleFatalError() #4 {main} thrown in /var/www/html/kemusykilan/vendor/yiisoft/yii2/web/Response.php on line 373