BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Ada soalan. adik ipar ada dapat kerja baru. Company ni dapat contract system development kt Maybank. adik ipar n8 dapat masuk division etiqa insurance singapore. Soalan dia  apa hukum kalau kerja kt syarikat insurance tapi indirectly?


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد
 

Merujuk kepada soalan yang diajukan, Bekerja sebagai seorang pembangun sistem (system development) atau yang berkaitan dengannya di dalam syarikat yang mengendalikan insuran konvensional adalah dilarang sekiranya terdapat pilihan lain untuk mencari rezeki yang halal untuk menampung kehidupan. Sekiranya tiada pilihan lain, maka bolehlah perlahan-lahan mencari alternatif lain untuk mencari rezeki yang lebih diyakini kehalalannya. Ini kerana meskipun tidak terlibat secara langsung dengan pengurusan kontrak konvensional tetapi secara tidak langsung seorang pembangun sistem memudahkan urusan mereka yang berurusan dengan kontrak yang tidak patuh syarak. Sesuai dengan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 2:

وَتَعَاوَنُوا عَلَى الْبِرِّ وَالتَّقْوَىٰ ۖ وَلَا تَعَاوَنُوا عَلَى الْإِثْمِ وَالْعُدْوَانِ ۚ وَاتَّقُوا اللَّهَ ۖ إِنَّ اللَّهَ شَدِيدُ الْعِقَابِ ‎

Maksudnya: Dan hendaklah kamu bertolong-tolongan untuk membuat kebajikan dan bertaqwa, dan janganlah kamu bertolong-tolongan pada melakukan dosa (maksiat) dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kepada Allah, kerana sesungguhnya Allah Maha Berat azab seksaNya (bagi sesiapa yang melanggar perintahNya)

Meskipun tidak membantu secara langsung tetapi dalam masa yang sama dibimbangi tugasan yang dilakukan sedikit sebanyak memudahkan urusan yang melanggar larangan Allah SWT. Oleh yang demikian berusahalah untuk mencari alternatif lain yang lebih menenangkan hati serta menepati syarak agar rezeki yang diperolehi halal dan mendapat keberkatan dari Allah SWT.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 105

message user image