BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.



Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum saya ada soalan berkenan trend sekarang yang orang beli Blind box dari popmart yang mana orang beli tanpa tahu bentuk patung yang ada di dalam bekas tu. Biasanya dalam kotak yang besar, ada 9 kotak kecil yang dalamnya isi patung, dekat kotak besar tu ada tunjuk apa bentuk betuk yang bakal kita dapat. Tapi hakikatnya dalam kotak kecik kecik tu kita tak tahu apa bentuk yang akan kita dapat. Saya nak tanya apa hukum nya kat situ? Konsep nya sama ke dengan machine machine mainan yang kita masuk coin tapi tak tentu dapat ke tak patung tu.


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, secara asasnya transaksi jual beli mestilah jauh daripada unsur-unsur yang diharamkan oleh syarak seperti perjudian dan pertaruhan. Barangan yang dijual juga mestilah jelas dan diketahui oleh pembeli.

Berdasarkan situasi yang disebut berkaitan pembelian Blind box dari popmart, wujud elemen yang dilarang dan diharamkan dalam Islam iaitu gharar (ketidak pastian), di samping itu, konsep pembelian seperti ini dilihat menafikan serta mengabaikan hak pembeli untuk memilih barangan yang dikehendakinya setimpal dengan harga yang dibayar. 

Gharar ialah elemen ketidakpastian atau keraguan dalam sesuatu transaksi. Jika pembeli tidak tahu apa sebenarnya yang dibeli, atau ada ketidaktentuan tentang barang yang akan diterima, maka terdapat unsur gharar yang boleh menyebabkan transaksi itu tidak sah dari sudut syarak.

Dalam hadis Nabi SAW, terdapat larangan terhadap jual beli yang mempunyai unsur gharar sebagaimana diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA bahawa beliau berkata:

نَهَى رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ عَنْ بَيْعِ الْغَرَرِ

Maksudnya: Rasulullah SAW melarang jual beli yang ada unsur gharar. (Hadis Riwayat Muslim)

Elakkanlah jual beli yang sesuatu yang tidak jelas apa yang bakal diterima kerana ia termasuk di dalam perkara yang dilarang oleh syariat.

والله أعلم بالصواب

Sekian, Terima Kasih


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 7229

Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya ingin bertanya tentang status jual beli sesuatu barang. Apakah hukum penjualan barangan atau isi di dalam Blind box dimana dalam kotak itu telah pun dibuka dan diketahui isi kandungannya.

Contoh, pembeli A menganggar berat dan bunyi isi kandungan Blind box dan membeli kotak tersebut, setelah membeli dan membukanya pembeli A mendapati isi kandungan adalah mainan no. 3 seperti yg dianggarkan ATAU tidak dianggarkan.

Apakah hukum menjual mainan no. 3 tersebut kepada pembeli kedua setelah mengetahui isi kandungannya?  Dan apakah status hasil daripada penjualan tersebut? 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته  

الحمد لله رب العالمين والصلاه والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Antara syarat dalam jual beli adalah konsep suka sama suka atau saling meredhai antara pembeli dan penjual. Firman Allah SWT dalam surah al-Nisa ayat 29:

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا لَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ إِلَّا أَن تَكُونَ تِجَارَةً عَن تَرَاضٍ مِّنكُمْ ۚ وَلَا تَقْتُلُوا أَنفُسَكُمْ ۚ إِنَّ اللَّهَ كَانَ بِكُمْ رَحِيمًا ‎

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman, janganlah kamu makan (gunakan) harta-harta kamu sesama kamu dengan jalan yang salah (tipu, judi dan sebagainya), kecuali dengan jalan perniagaan yang dilakukan secara suka sama suka di antara kamu, dan janganlah kamu berbunuh-bunuhan sesama sendiri. Sesungguhnya Allah sentiasa Mengasihani kamu.

Merujuk kepada persoalan, transaksi jualan yang pertama iaitu antara penjual dan pembeli pertama telah salong meredhai antara oleh pembeli untuk membeli barangan tersebut walaupun ia merupakan Blind box iaitu tidak mengetahui apakah bentuk barangan tersebut. Pembeli redha dengan pembelian tersebut apabila telah membuat bayaran walaupun sekadar menganggar isi barangan tersebut.

Manakala transaksi jualan kedua iaitu antara pembeli pertama (yang telah membeli barangan Blind box dan telah membukanya). Kemudian beliau menjual barangan tersebut kepada pihak ketiga (pembeli kedua). Pembeli ketiga tidak mengetahui asal barangan jualan itu dan berkehendak untuk membeli barangan tersebut menandakan keredhaannya dalam transaksi tersebut.

Kesimpulan yang boleh disimpulkan adalah menjual barangan dari Blind box yang telah dibuka dan isi kandungannya diketahui adalah dibenarkan dan hasil jualannya adalah halal..Manakala hukum asal membeli Blind box boleh menjadi harus jika ketidakpastian kecil, pembeli reda, dan ia tidak membawa kepada kemudaratan dan perselisihan.

والله أعلم بالصواب

Sekian. Terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 11717

Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, 

Saya ingin bertanya tentang hukum pembelian berkaitan dengan konsep Blind box atau blind buy. Contohnya, jika seseorang ingin membeli satu set makanan yang mengandungi elemen kejutan, seperti tahap kepedasan yang berbeza. Pelanggan membayar harga yang sama, tetapi sebagai cabaran atau kejutan, mereka mungkin mendapat ayam goreng yang kurang pedas, pedas, atau sangat pedas (extra pedas). Tetapi pelanggan akan diberitahu sebelum membeli. Adakah hukum jual beli seperti ini dikira harus atau haram?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan, menurut mazhab Shafi'iyyah bahawa terdapat rukun-rukun jual beli iaitu:

  • Pihak yang melakukan akad (Penjual dan Pembeli)
  • Sighah Akad (Ijab dan Qabul)
  • Barang jualan dan harganya

Tambahan pula, di dalam barang jualan perlu ada khiyar (pilihan) kepada pembeli. Justeru, jual beli seperti ini tidak diharuskan kerana mempunyai unsur perjudian kerana bergantung kepada nasib semata-mata. Konsep jualan yang diketengahkan menafikan hak pembeli dalam memilih barangan yang dikehendaki dan disukainya setimpal dengan harga yang telah dibayar. Justeru, situasi ini adalah melanggar prinsip-prinsip jual-beli yang sepatutnya ada seperti khiyar (pilihan). 

 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2025
Jumlah Pelawat : 251

Kategori Subjek : UMUM

message user image

  Soalan

Saya nak tanya isu pasal Blind box mainan. Contohlah, saya pergi kedai pasty beli Blind box mainan and dia ada tunjuk gambar mainan apa yang kita akan dapat dekat kotak tu. Specifically mainan tu sama je bentuk tapi warna berbeza dan saya kalau beli Blind box saya memang tak kisah dapat yang mana sebab saya rasa mainan dia semua comel. Adakah dia haram?. Sebab saya bukan beli Blind box yang memang saya tak tahu dalam dia isi apa.


message user image

Jawapan  

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء المرسلين وعلى أله وصحبه أجمعين أما بعد

Sebagaimana Allah SWT berfirman dalam surah al-Baqarah ayat 188:

وَلَا تَأْكُلُوا أَمْوَالَكُم بَيْنَكُم بِالْبَاطِلِ

Maksudnya: Dan janganlah sebahagian kamu memakan harta sebahagian yang lain di antara kamu dengan jalan yang batil

Dan firman Allah SWT dalam surah al-Maidah ayat 90:

یَـٰۤأَیُّهَا ٱلَّذِینَ ءَامَنُوۤا۟ إِنَّمَا ٱلۡخَمۡرُ وَٱلۡمَیۡسِرُ وَٱلۡأَنصَابُ وَٱلۡأَزۡلَـٰمُ رِجۡسࣱ مِّنۡ عَمَلِ ٱلشَّیۡطَـٰنِ فَٱجۡتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمۡ تُفۡلِحُونَ

Maksudnya: Wahai orang-orang yang beriman!  sesungguhnya meminum arak,perjudian, pemujaan berhala dan mengundi nasib dengan batang-batang anak panah, adalah (semuanya) kotor (keji) daripada perbuatan syaitan. Oleh itu, hendaklah kamu menjauhinya supaya kamu tergolong dalam kalangan orang-orang yang berjaya

Berdasarkan isu yang dinyatakan, maka perbuatan tersebut adalah harus kerana Blind box itu memaparkan jenis barang yang sama dalam setiap Blind box, kadar harga barang yang setara dan tiada unsur penipuan serta perjudian yang boleh merugikan pembeli.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih


Tahun Soalan : 2026
Jumlah Pelawat : 106