BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.



Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalammualaikum, Syarikat saya ada menjual penambahan waranti, iaitu "Extended Warranty", "Screen Protection Plan" dan Accidental Protection Plan, saya dapat dari video ceramah Ustaz di youtube, mengatakan hukum nya Haram, adakah ia Haram and boleh kah saya mendapat maklumat pekara ini dari orang yang arif dalam bidang ini?

Sekian, Terima Kasih


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته 

الحمدلله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى اله وأصحابه أجمعين أما بعد

Merujuk kepada soalan yang diajukan,

waranti yang diterima bersekali dengan belian barangan adalah termasuk dalam al-Wa`d (janji) atau penjual mensyaratkan manfaat bagi pembeli atas barang yang dibeli, maka ianya adalah diharuskan. Ini termasuklah extended warranty dan juga Screen Protection Plan. Begitu juga, harus menambah harga barangan untuk menambah tempoh waranti.

Namun jika membeli waranti atau kad jaminan berasingan dari barang yang dibeli, seperti seseorang membeli barang tanpa waranti, lalu pembeli memberi kad waranti, ia tidak diharuskan. Ini adalah kerana ia terdapat unsur gharar atau ketidakpastian, iaitu sama ada waranti itu akan digunakan oleh pembeli atau tidak. Di samping itu, ia turut terdapat unsur perjudian. 

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2021
Jumlah Pelawat : 344

Kategori Subjek : MUAMALAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum,

Saya seorang Penulis yang banyak berkongsi tentang teknologi dan mempunyai sekitar 365,000 Pengikut di akaun X (Twitter). Saya ingin mendapatkan penjelasan daripada Tuan/Puan berkenaan hukum membeli/melanggan waranti. Jawapan ini dapat saya kongsi kepada semua warga maya:

Soalan 1

Kebanyakan peralatan elektronik terutama telefon pintar, komputer riba, jam pintar dan lain-lain menawarkan waranti selama 12 bulan. waranti ini tidak melindungi isu berkait KECUAIAN MANUSIA. Oleh yang demikian, Penjual Berdaftar (AAR) / kedai elektronik telah menawarkan Pelan Pelindungan yang membolehkan pembeli menambah sewaktu membeli produk tersebut.

Contoh,

Ali membeli iPhone, dan kedai menawarkan Pelan Pelindungan tambahan dengan membayar RM200 untuk jaminan setahun. Pelan Pelindungan ini menjamin sebarang kerosakan disebab KECUAIAN MANUSIA. Ali perlu melanggan pelan ini sewaktu membeli iPhone tersebut.

iPhone 13 : RM3,599 + RM200 (Pelan Pelindungan) - dibayar sewaktu pemnbelian

Jika pelan pelindungan tersebut berkonsepkan Takaful adakah sah?

Jika pelan pelindungan tersebut berkonsepkan konvensional adakah sah?

 

Soalan 2

Masih berkisar (contoh 1). Terdapat pelan pelindungan yang menawarkan tambahan Pelan Pelindungan untuk tahun seterusnya (kedua). Adakah dibenarkan?

Contoh,

Setelah setahun Ali menggunakan iPhone, tiada tuntutan dibuat. Disebabkan mahu mengelakkan kejadian yang tidak diingi seperti iPhone pecah dan kos gantian amat tinggi. Ali telah membayar Pelan Pelindungan untuk tahun kedua.

Adakah tindakan Ali sah?

 

Soalan 3

Terdapat juga kedai yang menawarkan pembelian Pelan Pelindungan dalam tempoh 60 hari selepas pembelian. 

Contoh,

Abu membeli iPhone 13, dalam tempoh sebulan menggunakan iPhone 13, dia telah membayar RM500 untuk menambah Pelan Pelindungan disebabkan tempoh membeli Pelan Pelindungan berbaki 30 hari lagi.

Adakah Abu boleh membeli tambahan waranti tersebut selepas sebulan membeli iPhone? Pelan ini menawarkan pelindungan atas KECUAIAN MANUSIA.

 

Terima kasih,

 


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته

Dibenarkan menjual barang bersama dengan waranti servis baik pulih dalam tempoh tertentu atau disebut standard warranty. Ini termasuk dalam bab al-Wa`d atau bab mensyaratkan manfaat bagi pembeli. Kedua-duanya adalah diharuskan.

Tetapi jika membeli kad jaminan atau extended warranty yang berasingan daripada barang seperti seseorang membeli barang tanpa waranti lalu membeli waranti, atau membeli satu barang yang sudah tamat warantinya kemudian membeli waranti baru, Ini adalah tidak harus kerana mengandungi gharar. Ini kerana dia membeli atau membayar suatu yang bersifat mungkin dan tidak tentu; sama ada dia memperoleh manfaat daripada servis baikpulih tersebut atau mungkin tidak dapat.

Kebanyakan ulama kontemporari memutuskan ia haram. Ini kerana pembelian tersebut melibatkan ketidakpastian sama ada sesuatu yang dibeli itu ada atau tidak atau berlaku atau tidak. Dengan kata lain, kerosakan adalah suatu yang tidak pasti akan berlaku, namun bayaran sudah dibuat. Inilah dipanggil ketidakpastian atau gharar dan perjudian atau qimar, satu bentuk judi yang diharamkan. Asasnya seperti insuran konvensional. Justeru, jika dilakukan atas konsep takaful, maka dibenarkan.

Berdasarkan ketiga-tiga situasi adalah dalam kategori extended warranty  yang mana ia adalah diharamkan sebagaimana sebab-sebab di atas. Pengharaman ini sama kaedahnya sebagaimana haramnya insurans disebabkan gharar (ketidakpastian) dan qimar (perjudian). Adapun sekiranya ia didasari dengan takaful, maka diharuskan atas aqad tabarruq.

والله أعلم بالصواب


Tahun Soalan : 2024
Jumlah Pelawat : 1506