BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Assalamualaikum, saya nak bertanya, suami saya telah melafazkan pada saya, "Asyik layan handphone sahaja, baik tak payah kahwin." Saya was-was, adakah telah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

وعليكم السلام ورحمة الله وبركاته     

الحمد لله رب العالمين والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين وعلى آله وأصحابه أجمعين، أما بعد

Merujuk kepada persoalan, lafaz “asyik layan handphone sahaja, baik tak payah kahwin” tidak dikategorikan sebagai lafaz talak. Maka talak tidak jatuh. Walaubagaimanapun puan boleh merujuk kepada Bahagian Undang-Undang Keluarga Jabatan Agama Islam atau mahkamah syariah yang berdekatan untuk maklumat yang lebih lanjut.

والله أعلم بالصواب

Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2018
Jumlah Pelawat : 1415

message user image