Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Apakah hukumnya membeli barang bukan original tapi kualitinya bagus? Walhal harga asalnya sangat tinggi daripada harga original.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, hukumnya harus jika ada kebenaran dan keizinan daripada pemilik asal dan tidak menyalahi undang-undang negara. Namun, jika sebaliknya, haram hukumya kerana menyalahi etika dan peraturan perniagaan, kerana harta intelek telah diiktiraf dalam Islam sebagai harta persendirian. Maka ia adalah haram, kerana makan harta dengan jalan batil, ia menjejaskan pemilik sebenar jenama tersebut. Adapun, jual belinya sah kerana cukup rukun dan syaratnya. Walau bagaimanapun, menjalankan perniagaan barangan tiruan boleh dikenakan tindakan di bawah Akta Perihal Dagangan 2011 oleh pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK). والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.