BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bayi yg dpakaiakan dgn Benang yg dibacakan ayat al quran utk tujuan perubatan ?.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, bayi yang dipakaikan benang pada kaki atau tangan dengan keyakinan untuk sihat dan sembuh atau menghindarkan kemudharatan adalah haram hukumnya. Ini kerana ia bercanggah dengan amalan perubatan dan boleh menyelewengkan aqidah. Terdapat hadith yang diriwayatkan daripada ‘Imran bin Husain RA, pada suatu hari Nabi SAW melihat seorang lelaki yang memakai gelang di tangannya. Lalu Nabi Saw bersabda : ما هذه الحاقة؟ قال هذه من الواهنة قال انزعها فإنها لا تزيدك إلا وهنا Maksudnya : “Gelang apakah ini?. Maka lelaki itu menjawab : “Ini disebabkan penyakit”. Lalu baginda bersabda : “Tanggalkanlah, kerana sesungguhnya ia tidak menambahkan kepadamu melainkan kelemahan” (Riwayat Ibnu Majah) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 187

message user image