BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum, saya nak bertanya mengenai lafaz cerai secara takliq iaitu suami saya melarang saya pergi kerja kerana majikan susah memberi cuti lalu dia berkata saya akan ceraikan awak sekiranya awak pergi office jugak sekarang ni. Lafaz ni di sebut ketika saya dapat cuti setengah hari. Ketika balik temgahari melihat anak bila sampai sahaja dirumah, suami saya melafaz perkataan tersebut berulang kali. Adakah perkara ini jatuh talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, lafaz yang disebut oleh suami, “Saya akan ceraikan awak sekiranya awak pergi office jugak sekarang ni”, adalah lafaz cerai taklik yang ditujukan pada masa itu sahaja (sekarang ni). Jika puan balik pada waktu tengahari melihat anak, lalu suami pula melafazkan ayat tersebut sebaik sahaja sampai dirumah, maka jika pada masa itu puan terus pergi ke office, maka jatuhlah talak. Tetapi, jika puan tidak pergi ke office pada masa itu, tidaklah jatuh talak. Adapun, nasihatkan pada suami agar jangan mudah melafazkan talak walau apa masalah sekalipun. Perkara boleh dibincangkan, bincanglah baik-baik dengan suami agar dapat diselesaikan bersama-sama. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 157

message user image