BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum... Nk tanya pasal Nazar... Apakah hukum bernazar untuk membaca Bacaan Ketika Sujud sebanyak 3 kali,,tetapi dy hanya membaca sekali sahaja


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, jika nazar untuk membaca 3 kali zikir pada waktu solat tertentu, maka ianya wajib dilaksanakan pada waktu yang telah dijanjikan. Sekiranya hanya membaca sekali sahaja, maka nazarnya belum tertunai dan dia dikira belum melaksanakan nazarnya. Sabda Rasulullah shallallahu ‘alaihi wa sallam: من نذرا عن يطيع الله فليطعه، ومن نذر أن يعصيه فلا يعصه Maksudnya : “Barangsiapa yang bernazar kepada Allah untuk mentaati-Nya, maka taatilah dan barangsiapa yang bernazar untuk bermaksiat kepada-Nya, maka janganlah bermaksiat kepada-Nya.” (Hadis sahih riwayat Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 215

message user image