BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Saya mempunyai adik perempuan yg tidak bkerja dan seorang OKU berumur 30an..dia mempunyai akaun simpanan yang mana hasil simpanannya diperolehi daripada sumbangan ibu,adik beradik,duit raya dan sebagainya. Pertanyaan: Adakah duit simpanannya perlu dikeluarkan zakat apabila cukup nisab dan haul nya? Adakah golongan OKU & tidak bpendapatan tetap spt adik saya ini wajib mengeluarkan zakat?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, duit simpanan beliau yang telah cukup nisab dan haulnya perlu dikeluarkan zakat simpanan ke atasnya, setelah ditolak had kifayah. Tiada syarat di dalam syarat kewajipan zakat mengecualikan golongan OKU dan tidak berpendapatan tetap dari mengeluarkan zakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image