BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Saya telah disahkan pakar sakit puan yg saya telah mencapai pre monopos. Bulan Ramadhan ni period sy x betul. Haid keluar tp sedikit. Sehari ada berhenti & keluar lagi tomokan darah atau spotting. Saya bingung samada di hari yg tiada darah or spotting tu saya dikira dlm haid or kena mandi & berpuasa. Sy pun was2 utk mandi wajib sbb tak pasti sy masih dlm haid or dh suci. Harap ustaz/ustazah dpt bantu beri pencerahan masalah saya ini


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika darah yang keluar itu memenuhi syarat sekurang-kurangnya haid iaitu sehari semalam, maka ia adalah haid. Apabila diyakini darah haid telah betul-betul bersih dan kering maka ketika itu diwajibkan mandi, solat dan berpuasa. Sekiranya didapati keluar lagi tompokan darah selepas bersuci dan ia masih lagi dalam tempoh haid iaitu masih dalam tempoh 15 hari maka ia adalah sambungan daripada darah haid yang keluar dan ia masih dikira sebagai haid. Tempoh sebelum keluarnya tompokan darah tersebut apabila didapati sudah bersih dan mandi wajib, ia adalah tempoh suci dan wajib solat serta berpuasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 122

message user image