BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Datuk SS Mufti...saya ingin tahu dari segi hukum meletak banner ada portrait manusia dalam ruang utama masjid ..2) Berkenaan jam eletronik petanda masok waktu solat ,waktu imsaq dan waktu iqamah...ada kah mana2 hukum yg melarang penggunaan jam ini?..brapa minit selepas Azan utk memulakan solat?.. 3) Apa hukum mengadakan Sambutan Haul Ulamak yg sudah wafat?...4) Ada kah pihak MAIS/JAIS pernah mengeluarkan fatwa atau pekeliling sebelum ini. Sekian,saya dahului dgn ribuan terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, meletak banner bergambar diruang solat adalah suatu perkara yang perlu dielakkan kerana bagi menghormati ruang solat yang digunakan oleh para jemaah untuk beribadah, disamping boleh menimbulkan gangguan. Tiada larangan menggunakan jam elektronik waktu solat dengan syarat dengan elakkan dari memaparkan informasi bergambar yang keterlaluan, disamping penggunaan yang perlu dikawal agar tidak menggangu para Jemaah. Waktu imsak adalah waktu berjaga-jaga dan bersiap sedia menahan diri daripada makan dan minum sebelum masuknya waktu subuh untuk orang yang berpuasa, hukumnya adalah sunat. Waktu iqamah pula ialah sewaktu imam telah bersedia untuk mengimami solat berjemaah, menurut perkiraan kebiasaan berdasarkan amalan setempat. Mengadakan hari haul ulama’ tertentu merupakan sambutan memperingati ulama’-ulama’ tertentu. Hukumnya adalah harus selagi tiada amalan-amalan yang dilakukan bercanggah dengan syariat Islam. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 108

message user image