Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya tinggal di shah alam. Tidak merancang perjalanan menuju ke tanjong karang. semasa di tanjong karang/sg besar saya buat jama takdim dan qasar untuk zuhur dan asar disebabkan saya lihat jarak km dalam lebih kurang 120km. saya menuju pulang semula pada hari yang sama ke shah alam. semasa di shah alam, ada masjid lebih kurang jarak 1-2km dari rumah saya, boleh kah saya buat jamak dan qasar untuk maghrib dan isyak di masjid di shah alam sebelum saya masuk rumah? t.kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudari, boleh dilakukan solat jamak dan qasar selagi belum sampai dan tidak dilakukan dalam masjid dalam kariah tempat tinggal. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.