BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: seorang (perempuan)yang mampu memberi wang/sedeqah kepada ibu bapa tidak memberinya kepada ibu bapa atas alasan ibu bapa membeli barang dan membazir, akan tetapi duit tersebut dikumpul untuk ibu bapa dan akan diserah kepada yang memerlukan apabila ibu bapa meninggal nanti atas nama ibu bapa


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, perbuatan memberi hadiah berupa wang kepada ibu bapa termasuk di antara ibadah yang sangat menguntungkan, kerana ia menghasilkan tiga bentuk pahala amalan soleh iaitu “birrul walidain” (berbuat baik kepada ibu bapa), mengeratkan silaturrahim, serta pahala bersedekah itu sendiri. Maka, bantulah ibu bapa berdasarkan kepada kemampuan masing-masing. Dibolehkan untuk menyimpan wang yang sepatutnya diberikan kepada ibu bapa. Sebaiknya, perlu diingatkan bahawa anak perlu membahagikan separuh bahagian wang tersebut (yang diberikan mengikut kebiasaan atau kemampuannya) untuk disimpan dan diberikan juga kepada ibu bapanya. Hadith yang diriwayatkan daripada Jabir bin Samurah RA, katanya: إِذَا أَعْطَى اللهُ أَحَدَكُمْ خَيْرًا فَلْيَبْدَأْ بِنَفْسِهِ وَأَهْلِ بَيْتِهِ Maksudnya : “Apabila Allah SWT memberikan seseorang kebaikan (kelebihan dari sudut harta) maka mulakanlah dengan dirinya dan juga ahli keluarganya” (Riwayat Muslim) Sebahagian daripada harta atau pendapatan anak, wajib untuk dinafkahkan kepada ibu bapa yang tidak mempunyai pendapatan atau harta. Jika ibu bapanya suka membazir, maka belikanlah barang keperluan hariannya. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 84

message user image