Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum..saya ingin bertanya mengenai taklik..3 tahun yang lepas saya dan isteri saya bertengkar dan isteri saya telah menyuruh saya melafazkan taklik..lafaz taklik itu adalah " jika saya ber massage dengan wanita lain dengan niat untuk berskandal maka jatuh talak"..bagi meredakan keadaan saya pun bersetuju dan melafaz taklik tersebut..ada kah sah taklik tersebut dan adakah jatuh talak jika syarat taklik tersebut dipenuhi...sekian
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, lafaz yang dikatakan tersebut merupakan lafaz taklik, jika berlaku seperti apa yang dilafazkan maka jatuhlah talak. Sebaiknya, permasalahan ini perlu dirujuk segera bagi mengetahui status lafaz di Mahkamah Rendah Syariah yang berdekatan bagi mendapatkan penjelasan penjelasan yang lebih lanjut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.