BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Apakah hukum bersalam dengan isteri kepada bapa mertua.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan saudara, boleh bersalam dengan ibu mertua kerana ibu mertua telah menjadi mahram muabbad (mahram selama-lamanya) atas sebab perkahwinan anaknya. Oleh itu, sekiranya berlaku perceraian sekalipun, bekas menantu tidak boleh bernikah dengan ibu mertuanya, bahkan ia boleh bersalaman dengan bekas ibu mertua tersebut. Namun kepada ibu mertua tiri tidak dibolehkan kerana dianggap ajnabi. Dengan kata lain, jika sekiranya isteri kepada menantu ibu tiri itu meninggal dunia dan habis iddah, maka ibu mertua tiri tersebut boleh mengahwini lelaki tersebut. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 101

message user image