BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Isteri saya mengambil pil perancang yang menyebabkan aturan haid nya tidak teratur. Kekadang menyebabkan haid datang lebih daripada 15 hari sehingga istihadah sedangkan bilangan hari normal haid isteri saya tanpa pengambilan pil perancang adalah 8 hari. Adakah pengambilan pil perancang dibolehkan ke atas isteri saya, kerana menyebabkan halangan untuk solat dan puasa daripada masa yang normal?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, tidak dinafikan pengambilan pil perancang bukan sahaja menyebabkan kitaran haid terganggu, malahan ia juga memberi kesan kepada ibadah solat dan puasa isteri. Namun, ia diharuskan jika ada keperluan dan atas nasihat dari pakar. Justeru, bagi mengelakkan situasi ini berlaku atau berulang, sebaiknya sebagai suami ikhtiarkan alternatif lain sebagai kaedah perancang keluarga yang tidak mengganggu kitaran normal haid isteri. Bukan sahaja mengganggu dari segi ibadah, juga melibatkan kesihatan dan emosi seorang isteri. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 86

message user image