BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Bolehkah saya menerima pendapat bahawa mandi biasa boleh menggantikan wuduk.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, mandi biasa tidak boleh menggantikan wuduk walaupun secara logiknya mandi biasa lebih bersih dan menyeluruh kaedah cuciannya. Tambahan pula, tidak ada tertib berbanding wuduk. Mandi biasa hanya berperanan untuk membersihkan tubuh badan dari segala kekotoran dan tidak berfungsi untuk mengangkat hadas seperti berwuduk atau mandi wajib (mandi hadas). Jika mandi tersebut adalah mandi untuk angkat hadas besar, seterusnya meratakan air ke seluruh anggota badan, maka ia telah menggangkat hadas dan telah menggantikan peranan wuduk dengan syarat tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk semasa mandi hadas. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 178

message user image