Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Saya pulang beraya di Kelantan. Saya tinggal 3 hari di Pasir Mas, kemudian 3 hari berikutnya di Kota Bharu. Jarak antara Pasir Mas dan Kota Bharu 20 km. Adakah saya musafir sepanjang tempoh 6 hari tersebut.
Jawapan
Merujuk kepada persoalan tuan, tuan dibolehkan untuk jamak qasar sepanjang 6 hari tersebut kerana tuan masih dikira belum putus safar daripada Kuala Lumpur ke Kelantan kerana menetap di sesuatu tempat tidak lebih 3 hari dan kurang 4 hari. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.