BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assaamualaikum, Saya ada satu kemusykilan. Jika kita telah datang haid pada bulan Mei ini selama 8 hari (12-19 Mei) dan kita telah mandi wajib pada hari ke 9 . Tetapi selepas 8 hari bersih dari darah haid, darah haid datang sekali lagi iaitu pd 28 Mei dan darah itu keluar sperti biasa sahaja bukan sedikit tapi seperti hari pertama. Persoalannya adakah darah haid yg keluar kali kedua itu dikira darah haid atau darah istiadah. Untuk makluman , saya telah tidak datang haid pada bulan April yg lalu. Terima kasih.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, jika darah yang keluar kali kedua itu juga mempunyai ciri-ciri yang sama seperti darah haid (kepekatan, bau dan warna), maka ia dihukumkan sebagai haid. Boleh jadi kitaran haid pada bulan April tiada, maka pada bulan Mei berlakulah dua kali kitaran haid dalam tempoh suci kurang dari 15 hari pada kebiasaannya.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 76

message user image