BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum wbt. Bolehkah ibu bapa saya memberi zakat kepada anak-anaknya? Saya ingin tahu ibu bapa boleh berzakat kepada siapa. Boleh jelaskan lebih lanjut. T.Ksh


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, dalam bab menyerahkan harta zakat, hukum syarak menegah daripada seseorang itu membayar harta zakatnya kepada orang yang di bawah tanggungan nafkahnya. Seperti situasi yang diberikan, anak-anak yang belum baligh adalah di bawah tanggungan ibu bapa, jadi tidak harus untuk ibu bapa membayar zakatnya kepada anaknya sendiri. Justeru, zakat boleh diberikan kepada 8 asnaf, sebagaimana firman Allah SWT yang bermaksud: “Sesungguhnya sedekah-sedekah (zakat) itu hanyalah untuk orang-orang fakir, dan orang-orang miskin, dan amil-amil yang mengurusnya, dan orang-orang muallaf yang dijinakkan hatinya, dan untuk hamba-hamba yang hendak memerdekakan dirinya, dan orang-orang yang berhutang, dan untuk (dibelanjakan pada) jalan Allah, dan orang-orang musafir (yang keputusan) dalam perjalanan. (Ketetapan hukum yang demikian itu ialah) sebagai satu ketetapan (yang datangnya) dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana.” (at-Taubah : 60) Oleh itu, adalah disarankan agar zakat disalurkan ke institusi zakat kerana dalam wang atau harta zakat itu terkandung hak lapan asnaf zakat. Dalam hal ini Imam as-Syafie sendiri ada mengingatkan para pembayar zakat agar berhati-hati, kerana kesilapan dalam memberikan harta zakat sehingga jatuh kepada orang yang bukan asnaf boleh mengakibatkan pemberian itu tidak menjadi zakat. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 164

message user image