BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Assalammualaikum Semalam semasa solat subuh imam terlupa membaca doa qunut tetapi imam telah menggantikan dengan sujud sahwi,malangnya imam hanya sujud sahwi sekali sahaja dan terus memberi salam..AJK surau sesetengah berpendapat solat batal dan harus qadha...bolehkah saya mohon pencerahan daripada pihak tuan berkenaan isu ini


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, hukum solat tersebut adalah sah. Ini kerana hukum sujud sahwi adalah sunat muakkad (berdasarkan Mazhab Syafii’) dan ia bukan rukun. Dalam situasi tersebut adalah wajib ke atas makmum untuk mengikuti imamnya dalam pergerakan solat. Hadith yang diriwayatkan daripada Abu Hurairah RA, bahawa Nabi SAW bersabda : انما جعل الإمام ليؤتم به فلا تختلفوا عليه فاذا كبر فكبروا واذا ركع فاركعوا واذا قال سمع الله لمن حمدة فقولوا ربنا لك الحمد واذا سجد فاسجدوا Maksudnya : “Sesungguhnya dijadikan imam itu untuk menjadi ikutan, oleh sebab itu janganlah kamu menyalahi perbuatannya, bila ia takbir maka takbirlah kamu dan bila ia rukuk maka rukuklah kamu dan jika ia membaca سمع الله لمن حمدة maka katakanlah olehmu ربنا لك الحمد dan bila ia sujud maka sujudlah kamu”. (Riwayat al-Bukhari) Adapun, membaca doa qunut dalam solat subuh hukumnya adalah sunat ابعاض. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 244

message user image