BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Harap maaf di atas kekeliruan ini. Untuk makluman, saya disahkan oleh doktor mempunyai Endometriosis yang menyebabkan gangguan pada kitaran haid. Haid yang panjang dan juga pendek. Bergantung kepada keadaan hormon di akibatkan oleh penyakit ini. Situasi : Saya haid hari pertama pada 17 Mei 2019 sehingga 28 Mei 2019. Untuk 5 hari pertama (17 hingga 21 Mei) adalah darah haid. Hari seterusnya adalah hanya tompokan (coklat/pinkish) di sebelah siang dan malam. Situasi ini adalah bagi saya untuk mengalami haid yang panjang. Pada 28 Mei, saya dapati tiada lagi tompokan di petang hari sehingga waktu pagi sebelum waktu imsak, 29 Mei, saya niat berpuasa , mandi wajib dan solat seperti biasa untuk 2 hari (29 dan 30 Mei). Saya yakin tiada tompokan atau darah haid di siang hari kerana setiap kali berhadas kecil dan solat, saya akan periksa di 'panty liner', yakin tiada kotoran. Tetapi tompokan muncul di sebelah malam (29 & 30 Mei hari siang yang saya berpuasa). Saya tetap mandi wajib untuk hari 29 & 30 Mei itu dan berpuasa solat seperti biasa. Tetapi pada pagi 31 Mei, ada tompokan pinkish yang mana saya yakin itu sisa haid, maka batal niat puasa saya pada hari ini. Soalan pertama, adakah sah puasa saya pada 29 & 30 Mei ? Soalan kedua, ikut kiraan hari haid bermula pada, 17 Mei hingga 28 Mei (12 hari), 2 hari puasa (29 & 30 Mei, hari ke 13 & 14 haid - sekiranya puasa saya tidak sah kerana soalan pertama, dan didatangi haid semula pada 31 Mei), adakah 31 Mei ini dikira hari ke 15 saya haid ? Soalan ke-empat, apakah penerangan yang mudah untuk difahami bagi yang mengalami haid terhenti di tengah tengah dan bersambung kembali ? Adakah puasa, solat nya sah ? Soalan terakhir, hari ke 16 (1 Jun) wajib untuk saya mandi hadas besar dan menunaikan kewajipan dalam Islam ?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Puasa puan pada 29 dan 30 Mei adalah sah. 2. Ya, 31 Mei adalah hari ke 15 puan haid. 3. Puasa dan solatnya adalah sah kerana, pada 28 Mei petang tiada tompokan. Lebih 24 jam dipanggil “النَقَاء”, adalah suci bukan haid. Wajib mandi, solat dan puasa. 4. Pada 1 Jun (hari yang ke 16 selepas haid) puan wajib mandi dan menunaikan kewajipan seperti kebiasaan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 273

message user image