BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: As salam tuan, Saya baru bergaduh dengan isteri saya,xnak balik raya ke sana,sbb duit takda...nak guna duit dia..kene ungkit pula...tak halalkan dunia akhirat.. Maka terjadi la perang SMS....saya ragu2..adakah jatuh talak sekiranya perbualan begini?banyak kali dah saya kene provoke...tapi saya sabar aje...cuma kali ni menjadi ragu2 buat saya... Selepas beberapa perbalahan,saya bertanya: SUAMI:KO NAK CERAI??.. AKU TANYA NI.. ISTERIa ko xbuat tggjwb ko raya mcm xraya. Api air xnk byr mkn bekira semua bekira asyik. Salahkn org ISTERI:Siapa je leh thn dgn ko ISTERI:Memg nak cerai!!!!!! ISTERI:Siapa je thn dgn ko!!!! adakah jatuh talak?


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan dan penceritaan saudara, tidak jatuh talak kerana tiada lafaz cerai yang disebutkan melainkan dalam bentuk pertanyan sahaja. Walaubagaimanapun, dinasihatkan supaya kes ini dirujuk terus kepada Bahagian Undang-undang Keluarga Pejabat Agama Islam atau Mahkamah Syariah yang berdekatan untuk tindakan yang lebih lanjut. Wallahu ta’ala a’lam. Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image