Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum, saya nak bertanya mengenai haid Kawan saya datang haid pada hari ke-1 hingga ke-8.. hari ke9-13 tak keluar darah.. tapi pada hari ke-14 keluar darah... (kebiasaan dia haid dalam 7-8 hari dalam sebulan) Soalan saya 1.adakah darah yang keluar pada hari ke 14 itu darah haid atau tidak... 2. Jika darah haid bagaimana dengan puasa dia pada hari ke 14... xpayah puasa dan ganti kemudian atau teruskan puasa macam biasa... 3. Bagaimana puasa n solat dia pada hari ke 9-13... perlu qadar atau xpayah sebab berada ditengah2 antara haid... 4. Bagaimana jika darah keluar berterusan sehingga hari ke-20 (start dari hari ke- 14 hingga ke-20)
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, 1. Darah yang masih lagi keluar pada hari ke 14 adalah darah haid. Tempoh maksimum haid adalah 15 hari 15 malam. 2. Puasanya pada hari tersebut adalah batal. Wajib qada’. 3. Puasa dan solatnya pada hari ke 9 – 13 adalah sah. 4. Jika darah masih keluar selepas hari ke 15, ia dihukumkan sebagai darah istihadah (penyakit). Justeru, hari ke 16 – 20 adalah darah istihadah. Wajib solat dan puasa. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.