BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : IBADAH

message user image

  Soalan

Soalan: Apa hukum seseorang yg rabun teruk sejak lahir (-10.0 D; layak sebagai OKU) memasukkan secara operation (implant) Kanta Pelekap (Visian Implantable Collamer Lens) yg mempunyai unsur collagen khinzir (0.2%)? Kandungan lain adalah 1. Poly-hydroxymethacrylate - HEMA (60%) 2. Water (36%) 3. Benzophenone (3.8%)


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan tuan, berdasarkan keputusan Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Selangor (MJKFNS) Kali 3/2012 yang bersidang pada 12 Jun 2012 bersamaan 22 Rajab 1433H berpandangan bahawa: i. Islam amat menekankan penjagaan kesihatan tubuh badan sebagai salah satu prinsip dalam مقاصد الشريعة. Walau bagaimanapun, penggunaan alat dari sumber yang haram kerana adanya unsur babi (khinzir) adalah najis dan haram sebagaimana dalam surah al-Baqarah ayat 173). ii. Dalam isu rawatan ICL ini, memandangkan penggunaannya bukan dalam keadaan dharurah dan umat Islam mempunyai banyak alternatif lain yang tidak meragukan dari aspek Syarak, maka Mesyuarat bersetuju memutuskan bahawa hukum menggunakan kanta ICL (Implantable Collamer Lens) yang diperbuat daripada bahan kolagen babi (khinzir) adalah haram. Sehubungan itu, kewajipan dalam mencari yang halal adalah menjadi tanggungjawab setiap muslim. Rujuk dengan pihak yang berkepakaran sebelum membuat sesuatu keputusan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 94

message user image