Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Ustaz, saya memelihara kucing di rumah. Suatu hari, kucing itu duduk di atas seluar saya yang lembap. Saya pun angkat kucing itu dan bawa ke tempat lain. Saya lihat di punggung kucing itu ada sedikit tahi yang sudah kering melekat di bulu. Adakah seliar saya menjadi najis? Saya lihat tidak ada sebarang kesan tahi di seluar saya. Adakah dimaafkan kalau saya memakai seluar itu?
Jawapan
Merujuk kepada persoalan saudara, dalam hal ini, cukup mengambil hukum zahir berdasarkan apa yang berlaku. Jika seluar itu tiada kesan bau, warna, dan rasa bagi najis seperti ain najasah, maka tidak perlu dicuci atau dibersihkan. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.