Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.
Soalan
Soalan: Assalamualaikum wbt Suami saya mempunyai bulu kening yang sangat lebat dan panjang sehingga hampir menutup matanya. Saya sedia maklum bahawa hukum mencukur bulu kening adalah Haram. Soalan saya, bolehkan ia digunting sedikit supaya tidak terlalu menutup matanya? Terima kasih
Jawapan
Merujuk kepada persoalan puan, hukum merapikan kening dengan menggunting sedikit lebihan kening yang panjang adalah harus dengan syarat: i. Bukan untuk meniru perbuatan orang bukan Islam. ii. Tidak merapi kening sehingga merubah bentuk asal kening. iii. Bukan untuk kecantikan. Jika tidak mempunyai syarat-syarat tersebut, maka dilarang sebagaimana hadis yang diriwayatkan daripada Abdullah bin Mas’ud, bahawa Nabi SAW bersabda yang bermaksud: “Allah SWT melaknat wanita-wanita yang mencabut bulu kening atau bulu muka (al-namisah) atau meminta orang lain mencukur atau mencabut bulu kening (al-mutanammisah), wanita yang mengasah gigi supaya kelihatan cantik. Perbuatan itu telah mengubah ciptaan Allah SWT.” (Riwayat al- Bukhari) والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.