BANK SOALAN BORANG PERTANYAAN

CARIAN SOAL JAWAB AGAMA

Soal jawab agama adalah merupakan perkhidmatan yang disediakan oleh Jabatan Mufti Negeri Selangor bagi menjawab pertanyaan tentang sesuatu isu dan permasalahan yang diajukan oleh pelanggan berkaitan dengan hukum syarak. Setiap soalan dan jawapan yang telah dikemaskini akan dihimpunkan di sini mengikut kategori yang telah ditetapkan untuk dijadikan rujukan dan panduan kepada masyarakat umum.


Kategori Subjek : MUNAKAHAT

message user image

  Soalan

Soalan: Assalamualaikum Ustaz, Saya ada beberapa soalan mengenai talak yang saya ingin fahami. 1. Bagaimana jika suami jatuhkan talak tidak jelas/ tidak didengari isteri contohnya kalau masa tu isteri tak focus, mengantuk, mamai, atau perbualan telefon yang kurang jelas? Contohnya kalau you ....... i tak nak kahwin dengan you dah.... Tapi isteri tak dengar dengan clear, suami pulak tak tau isteri dia buat perkara itu.. Jadi dua-dua tak sedar perkara ini. 2. tadi contoh perkara yang akan berlaku, mcm mana kalau suami cakap tentang perkara silam yang dia tak tahu telah terjadi sebelum berkahwin dengan wanita itu. i) Contohnya kalau dulu you pernah .... i tak nak kahwin dengan you dah Isteri pula tak dengar dengan jelas, suami tak tau ia pernah terjadi..Jatuh talak ke? 3. bagaimana kalau isteri was-was suami jatuhkan talak apabila dia tak dengar apa suami dia cakap, isteri risau mcm mana kalau dalam dia tidak dengar dengan jelas apa suami dia cakap, suami terjatuhkan talak tanpa sedari. 4. Kalau suami jatuhkan talak tetapi perkara tu sejadi katakan 6 bulan kemudian, tetapi suami menafikan sekeras-kerasnya dia ada cakap perkara itu atau dia cakap dia tak berniat langsung. 5. Sekiranya suami jatuhkan talak kalau awak keluar dari rumah ini, jangan balik lagi... Kalau isteri keluar rumah katakan sebanyak 3 kali, adakah jatuh talak 3 atau hanya talak 1? Maaf terlalu banyak soalan tetapi saya berharap Tuan Mufti dapat menjawab kerana saya ingin tahu lebih lanjut tentang perkara ini.


message user image

Jawapan  

Merujuk kepada persoalan puan, 1. Sekiranya suaminya melafazkan talak yang sorih (jelas) samada didengar dengan jelas atau tidak oleh isteri, maka lafaz tersebut boleh menyebabkan jatuh talak, tidak kira samada suami berniat cerai ataupun tidak. Adapun sekiranya lafaz tersebut adalah lafaz yang berbentuk kinayah (kiasan), jika tiada niat cerai, maka tidak jatuh talak. 2. Sekiranya apa yang disebut oleh suami adalah perkara yang berlaku sebelum perkahwinan, maka tidaklah ia menyebab jatuh talak, kerana syarat talak mestilah talak kepada isteri yang sah, kalau masih belum berkahwin maka ia tidak boleh berlaku. 3. Apa yang perlu difahami, dalam sesuatu pertikaian terhadap lafaz talak, Hakim Mahkamah Syariah akan merujuk kepada keterangan suami. Kalau suami mengesahkan lafaz tersebut adalah benar maka walaupun isteri was-was atau sebagainya, maka talak tersebut boleh jatuh. 4. Keterangan suami berkaitan lafaz ini adalah penting, kalau suami bersumpah di hadapan hakim Mahkamah Syariah yang dia melafazkan lafaz talak tersebut maka tidak membawa kepada jatuh talak, dan sekiranya lafaz tersebut lafaz kiasan dan suami berkata dia tidak niat maka tidak membawa kepada jatuh talaknya. Keterangan seperti yang saya jelaskan pada jawapan 1. 5. Lafaz ini adalah lafaz Takliq, maka sekiranya isteri keluar rumah juga selepas lafaz ini diucapkan oleh suami maka boleh membawa jatuhnya talak. Jatuhnya talak adalah bila kali pertama isteri melakukan pelanggaran terhadap takliq tersebut. Ianya hanya dikira sekali sahaja walaupun isteri keluar rumah banyak kali. والله أعلم بالصواب Sekian, terima kasih.


Tahun Soalan : 2019
Jumlah Pelawat : 688

message user image